Hubungan Di Antara Kreativiti Dan Ilmu Pengetahuan
Menurut Weisberg (2002), secara umumnya terdapat dua pandangan yang cuba
menjelaskan hubungan di antara pengetahuan dan kreativiti. Pandangan
yang pertama mendakwa bahawa terdapat hubungan yang tidak serasi di
antara pengetahuan dan kreativiti. Hubungan yang tidak serasi bermaksud
pengetahuan dan kreativiti mempunyai kaitan yang longgar malahan
pengetahuan mungkin menjadi penghalang kepada kreativiti seseorang
individu. Terdapat beberapa orang pakar yang beranggapan demikian, di
antaranya ialah James (1908) dalam Simonton (1984). Begitu juga dengan
De Bono(1968) yang berpendapat bahawa pengetahuan yang terlalu banyak
dalam sesuatu bidang boleh membataskan kreativiti kerana seseorang
individu itu mengetahui dengan begitumendalambagaimana sesuatu itu harus
dilaksanakan sehingga individu tersebut tidakmampu untukmelepaskan diri
dari kerangka pengetahuan tersebut untuk melahirkan idea baru.
Kajian yang dijalankan oleh Simonton (1984) turut menyokong pandangan
yangmenyatakan bahawa pengetahuan yang terlalu banyak dalam sesuatu
bidang bolehmembataskan kreativiti. Simonton (1984) telahmenganalisa
hubungan di antara pencapaian kreativiti yang luar biasa dengan tahap
pendidikan formal(Weisberg, 2002). Simonton (1984) telah menganalisa
kehidupan 300 orang individu yang unggul dan dilahirkan di antara tahun
1450 dan 1850. Simonton telah menentukan peringkat pendidikan formal
yang telah dilalui dan dicapai oleh setiap individu yang unggul tersebut
dan dibandingkan dengan markah keunggulan yang diperolehi. Markah
keunggulan diberi berdasarkan ruang yang diperuntukkan bagi individu
yang unggul di dalam bahan-bahan rujukan piawai seperti jurnal dan
lain-lain lagi. Simontonmendapati bahawa apabila keunggulan diplot
sebagai satu fungsi kepada peringkat pendidikan formal yang telah
dicapai, hubungan di antara keunggulan dan perinkat pendidikan formal
berbentuk garismelengkung seperti huruf Uterbalik dengan puncak hubungan
berlaku sewaktu individu terbabit sedangmengikuti ijazah sarjana muda.
Menurut Simonton lagi tambahan masa latihan atau pengajian, contohnya
mengikuti programsarjana akan diikuti dengan kejatuhan dalam tahap
keunggulan.Oleh itu kesimpulan boleh dibuat bahawa tahap ilmu yang
tinggi terutamanya apabila seseorang itu seseorang itumengikuti program
sarjana mempunyai kesan yang negatif terhadap kreativiti (Weisberg,
2002).
Walaupun pandangan yang pertama ini disokong oleh tokoh-tokoh yang
terkenal dalam bidang kreativiti seperti, De bono (1968), Guilford
(1950), Simonton (1984) dan lain-lain lagi, pandangan ini bukanlah
pandangan yang popular dan diterima ramai. Sebaliknya, kebanyakan ahli
psikologi bersepakat menyatakan bahawa terdapat hubungan positif di
antara ilmu dan kreativiti. Pandangan yang kedua inimenyatakan bahawa
kemampuan seseorang individu itu untukmenghasilkan idea yang kreatif
sangat bergantung kepada kedalaman dan keluasan pengetahuan yang
dimilikinya dalam sesuatu bidang.
Salah seorang tokoh yang lantang menyatakan terdapat hubungan yang
positif di antara kreativiti dengan ilmu ialahWeisberg (1999). Menurut
Weisberg (1999) kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
sebelumseseorang individu itumampumenghasilkan produk yang benar-benar
boleh dianggap kreatif, individu tersebutmestilah terlebih dahulu
telahmencapai tahap pakar dalam bidang yang diceburi. Tambah beliau
lagi, kebiasaannya tempoh yang panjang iaitu sepuluh tahun atau lebih
diperlukan untuk sampai ke tahap tersebut.Beliau telahmemetik kajian
yang dilakukan oleh Hayes (1989), yang telahmelakukan kajian ke atas 76
orang pengubah lagu yang terkenal dan telah dapat memastikan dengan
tepat bilakah ke semua pengubah lagu tersebut memulakan pengajian dalam
bidangmuzik. Hayes (1989) mendapati bahawa hampir kesemua pengubah lagu
tersebut memerlukan tempoh masa sepuluh tahun dari
semenjakmerekamemulakan kajian dalam bidangmuzik sehinggalah saat mereka
mengubah lagu yang diiktiraf sebagai kreatif. Weisberg (1999)
berpendapat bahawa masa yang panjang dan mencukupi diperlukan untuk
memperolehi ilmu dan kemahiran dalambidang yang diceburi.
Satu persoalan yang menarik untuk dicari jawapannya ialah apakah yang
berlaku dalam tempoh sepuluh tahun tersebut?Weisberg (1999)membuat
spekulasi bahawa pelbagai aktiviti penting yang akan menjadi asas kepada
penghasilan idea dan produk kreatif berjalan secara senyap dalam tempoh
sepuluh tahun tersebut. Tambah beliau lagi dalam tempoh yang senyap itu
individu yang kreatif itumenjadi begitu asyik dengan disiplin yang
diceburinya. Salah satu aktiviti yang berlaku dalam tempoh tersebut
ialah latihan yang disengajakan dan dirancang untuk meningkatkan
pencapaian atau prestasi dalam sesuatu kemahiran. Tempoh latihan
untukmenjadi pakar dan seterusnya menghasilkan pencapaian inovatif
adalah lama, kerap kali masanyamenjangkau sehingga 10,000 hingga 20,000
jam (Howe, 1999).
Howe (1999) pula berhujah, bahawa idea-idea baru tidak dijana dari
kekosongan atau vakum. Tambah beliau lagi terdapat banyak bukti yang
menunjukkan bahawa pencipta dalam sesuatu bidang telah menggunakan
pengetahuan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh sezaman dengan mereka.
Sebagai contohnya, adik beradik Wright yang mencipta kapal terbang telah
memperolehimaklumatmengenai perkembangan ilmu penerbangan yang berlaku
di sekeliling mereka untuk diserapkan ke dalam usaha mereka sendiri
untuk mencipta kapal terbang (Howe, 1999).
Amabile (1983) turut menyedari kepentingan pengetahuan dalam
menghasilkan produk yang kreatif. Beliau menyatakan bahawa salah satu
komponen penting yang perlu ada sebelum sesuatu produk kreatif dapat
dihasilkan ialah kemahiran dalam bidang atau domain yang berkaitan. Bagi
Amabile (1983) kemahiran domain yang berkaitan termasuklah pengetahuan
mengenai fakta-fakta, kemahiran teknikal dan bakat yang istimewa
dalamsesuatu domain atau domaian yang diceburi. Tambah beliau lagi,
secara umumnya kemahiran domain yang berkaitan akan membawa kepada
peningkatan dalam kreativiti dengan syarat maklumat-maklumat domain yang
berkaitan disusun dengan sesuai di dalam minda.
Dapatan kajian mengenai peranan yang dimainkan oleh para mentor dalam
melahirkan individu-individu unggul turut juga menunjukkan bahawa ilmu
pengetahuan memainkan peranan penting dalam menghasilkan produk kreatif.
Zuckerman (1977) telah mengkaji para saintisAmerika Syarikat yang telah
memenangi hadiah Nobel di antara tahun 1901 sehingga 1972. Beliau
mendapati bahawa lebih separuh daripada 94 pemenang hadiah Nobel itu
telah bekerja di bawah pemenang hadiah Nobel yang lain baik sebagai
siswazah sarjana atau pembantu. Semasa ditemu bual pemenang-pemenang
hadiah Nobel ini menyatakan bahawa mereka telahmenimba pelbagai ilmu
pengetahuan dari mentor mereka terutamanya dari sudut teknik-teknik
saintifik, cara-cara memikirkan sesuatumasalah dan membezakan di antara
masalah yang penting dan kurang penting.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar